JUTAWAN dalam masa 30 hari sahaja, serius bakal jutawan sahaja!!!sila baca
Bulan lepas,ada seseorang ini diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku pada seseorang itu, biasalah MLM ..tepuk! tepuk!tepuk bahu,tepuk meja,tepuk duit,tepuk poket,... Anda Hebat!Anda boleh memiliki kereta sendiri dengan mencuri wang downline anda ribuan ringgit..... Jadi jutawan mudah dengan teknik duplikasi sahaja.
Istilah yang terkenal dengan "cari orang,upline,downline,multi level marketing,member get member dll"
Program-program ini berlonggok di Malaysia,tambahan lagi macam cendawan tumbuh selepas hujan. Program yang terkenal dengan slogan Jadilah Yang Terawal, bukan yang terakhir lah....Anda mampu mengubahnya,jana income anda sendiri,jom kumpulkan duit raya anda sekarang dan banyak lagi.
Kononnya dapat mengatasi masalah kewangan anda,padahal hakikatnya akan membebani kewangan anda lagi...tak percaya?cubalah....yang untungnya upline...yang ruginya downline....Bukankah setiap urusan itu pasti ada orang yang untung dan orang yang rugi???
Taja seorang dapat RM10 lah,RM20 lah,RM30 lah...paling tak dapat di terima akal,join RM1,000....duit lebur,yang ada cuma upline dapat RM500,RM500 lagi dapat kat company,untung atas angin...
Kalau nak untung banyak,kena taja banyak,macam2lah...
* J.U.T.A.W.A.N dalam masa 30 hari sahaja, serius bakal jutawan sahaja!!!sila baca
Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, takperlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintainbulanan kerana peluang untuk menjadi 'jutawan kekal' ini datang sekali dalamsebulan.
Mari kita rebutkan peluang jadi jutawan di Bulan Ramadhan.
Solat fardhu sendirian diberi ganjaran oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diberi ganjaran Allah swt 27 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diberi ganjaran oleh Allah swt 270 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diberi ganjaran oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diberi ganjaranoleh Allah swt 94500 pahala.
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM
Solat fardhu sendirian diberi ganjaran oleh Allah swt RM1.00
Solat fardhu berjemaah diberi ganjaran Allah swt RM27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diberi ganjaran oleh Allah swt RM270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diberi ganjaran oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diberi ganjaranoleh Allah swt RM94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM2,835,000.00
Itu belum lagi ditukar dengan matawang USD dolar,DINAR danlain-lain.
Wow! Masya Allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca Al-Quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah swt akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabatpun bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif 1pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM,Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadardan lain-lain lagi?
Sesungguhnya Allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya.
Tidak ada mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan.Jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup makin menjelang tiba.Hargainya dan anda akan mendapat berkat!Insya'ALLAH.....
Semoga ramadhan ini terbaik untuk anda dan bukan terakhir untuk anda...
Alangkah sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin di dunia dan miskin diakhirat!Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa(diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yangberpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin(mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt. Hanya Allah swt sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah...
Wallahu'alam.
Selamat berpuasa,
Selamat beramal....
p/s:Semoga anda dapat memberi komen yang membina dan positif selepas anda membaca Note ini,Terima Kasih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan