Jangan sebar keaiban orang
Mengaibkan iaitu menceritakan keburukan seseorang samada betul atau tidak adalah berdosa . Dalam Islam, tidak boleh menyebarkan keaiban orang lain walaupun mahkamah telah membuat keputusan sesuatu kes. Haram menceritakan dan menyiarkannya di dalam surat khabar, walaupun disisi undang-undang dunia dibolehkan , Islam tetap mengharamkan penyebaran aib orang lain .
Seseorang yang menulis tentang aib orang lain juga akan disoal dan penulisannya akan didatangkan kembali di hari kiamat. Oleh itu sebagai pemberita Islam, berhati-hatilah dan elakkan dari menulis tentang keaiban orang lain. Hasil dari jualan berita yang mendedahkan keaiban itu juga boleh menjadi haram .
Di Padang Mahsyar nanti Allah akan mengaibkan orang yang mengaibkan orang lain sehingga mereka malu dan sanggup terjun ke dalam api neraka .
Dalam satu hadis, ada disebut lebih kurang begini “ kalau orang mengaibkan kamu dengan sesuatu yang tidak berasas, Allah akan mengaibkannya di Padang Mahsyar, janganlah kamu mengaibkan walaupun ianya berasas ”.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan