Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
> sallam:
>
>
>
> Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,
>
>
>
> ?Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah
> melarang kuburan dikapur
>
> (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan
> bangunan
>
> diatasnya.?
>
>
>
> (Hadith Riwayat Imam Muslim)
>
>
>
>
>
> Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan
> seumpamanya bersama
>
> jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan
> orang-orang
>
> Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu
> kuno dalam
>
> upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan
> tersebut boleh
>
> mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna
> bermegah-megah dan
>
> berbangga.
>
>
>
> Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina
> menggunakan marmar
>
> (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan
> ajaran Rasulullah
>
> shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat
> pembaziran harta
>
> yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan
> menunjuk yang amat
>
> dimurkai Allah subhanahuwata'ala.
>
>
>
> Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi
> Hayyaj Al-Asadi,
>
>
>
> ?Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan
> perkara yang aku
>
> diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah
> meruntuhkan
>
> semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan
> orang.?
>
>
>
> (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan