Kaabah enggan bergerak
>
>
>
> Assalmualaikum....
>
>
> Dear All,
>
> Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah
> Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi..
>
>
> Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau
> menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat
> kelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam,
> tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok
> guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi
> neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar,
> mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan
> melintasinya.
>
> Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala
> bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan
> turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa
> perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya
> bergerak menuju ke syurga.
>
> Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia
> enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke
> syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga
> melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di
> sekelilingnya.
> Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi
> kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.
> Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada
> lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya
> orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan
> yang pernah mereka lakukan di dunia.
>
> Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang
> berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
>
> Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang
> penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua
> orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
> Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.....Allah yang
> Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa
> orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa
> keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
>
>
> How nice kan .... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan
> umrah.....
>
> Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan