Ahad, 11 Oktober 2009

keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

Al-Fatihah buat kedua ibubapa tersayang dan umat Islam yang masih hidup dan meninggal dunia moga ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman dan beramal soleh...

" Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah ada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian Hadith : "Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, kedua orang tua kita, termasuk Guru kita yang telah banyak menolong kita.

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya : - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya)

Sama-samalah kita berdoa untuk kedua ibu bapa dan Guru kita - Al-Fatihah untuk mereka

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
;