Khamis, 30 September 2010 0 ulasan

SEJARAH AYAT KURSI

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Allahu Akbar !
0 ulasan

HARI RAYA: TAKBIR, SOLAT, KHUTBAH & ZIARAH

HARI RAYA: TAKBIR, SOLAT, KHUTBAH & ZIARAH

Firman Allah Taala:

{ وَلِتُكْمِلُ اْلعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُ اللهَ عَلَىَ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ }
Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. (1)

Hari Raya Aidil Fitri" (2) yang juga terkenal dengan nama "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah Taala untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Tuhan.
___________________________
(1) Ayat 185, Surah al-Baqarah. Menurut al-'Alamah Ibn Kathir rahimahullah, (bahagian akhir) ayat ini menjadi dalil syar'i mengenai takbir hari raya Aidil Fitri. (Tafsir Ibn Kathir, 1:218).

(2) Kalimah '`Id' (hari raya) dalam bahasa Arab berasal dari perkataan '`Aud' ertinya yang berulang-ulang. Yakni peristiwa yang berulang-ulang pada tiap-tiap tabun yang membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam.
___________________________

Kemuliaan "Hari Raya E’idil Fitri" diterangkan di dalam al-Qur'an seperti yang tertera di atas dan juga diterangkan di dalam hadith seperti berikut:

68- عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَََيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه ابن ماجه)

68- Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (1)
(Riwayat Ibn Majah)

Hadith ini menggambarkan: Bahawa pada hari kiamat kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh, hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah Azza wa Jalla.

Sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan.
______________________________

(1) Itthaf Ahl al-Islam, bi Khususiyat al-Siyam (hlm. 228), Nihayat al-Muhtaj (2:386) dan Mughni al-Muhtaj (1:313). Meskipun hadith ini hadith dhaif tetapi sebagaimana yang sedia maklum, hadith-hadith dhaif juga boleh diterima dan diamalkan mengenai Fadha'il al-'Amal.
______________________________________________
Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani rahimahullah, dengan lafaz yang lain seperti berikut:

69- مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الْأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه الطبراني)

69- "Barangsiapa menghayati malam hari raya Aidilfitri dan malam hari raya Aidiladha dengan amal ibadat, sedang ia mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu."(1)
______________________________

(1) Al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba`ah (1:349).
_______________________________


MENYAMBUT HARI RAYA DENGAN TAKBIR

Umat Islam digalakkan menyambut hari raya "Aidilfitri dan "Aidiladha" dengan takbir dan tahmid sebagai bersyukur pada hari baik - bulan baik itu.

Ini diterangkan di dalam al-Qur'an (1) dan juga di dalam hadith yang berikut:

70- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ. (رواه الطبراني)

70- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. "(2)
(Riwayat Tabrani)
__________________________________________________

(1) Ayat 185, Surah al-Baqarah, yang telah disebutkan pada bahagian yang lalu.

(2) Nail al-Autar (3:305). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Tabrani dan lain-lainnya dari Anas r.a. Ittihaf Ahl al-Islam (228).
_____________________________________________________________________________

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

71- عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :زَيِّنُوا الْعِيدَيْنِ بِالتَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ والتَّحْمِيدِ وَالتَّقْدِيسِ. (رواه أبو نعيم)

71- Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis."(1)
(Riwayat Abu Nu'aim)

Menurut huraian ulama' rahimahullah (2), takbir hari raya - Aidilfitri dan Aidiladha - hukumnya sunat dan lafaznya yang lengkap seperti berikut:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian.

Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya, segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya, Maha Suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petangnya.

Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa, amatlah benar dan tepat janji-Nya, ia telah memenangkan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w. ), ia juga telah menguatkan tentera-Nya dan Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.
__________________________________

(1) Kitab yang sama (228). "Taqdis": Yakni mensucikan Allah Taala daripada segala sifat kekurangan. Misalnya dengan menyebut: سُبْحَانَ اْلمَلِكِ القُدُّوْس
(2) Seperti yang disebutkan dalam kitab "Mughni al-Muhtaj" (1:315) dan lain-lainnya.
___________________________


TAKBIR HARI RAYA

Menurut huraian ulama' rahimahullah Ta’ala(1), takbir hari raya terbahagi dua.

Pertama: Takbir dalam sembahyang dan khutbah (akan diterangkan pada tempatnya).

Kedua: Takbir yang lain dari itu, yang juga terbahagi dua, iaitu "Takbir Mursal" dan "Takbir Muqayyad".
_______________________________________________

(1) Raudhat al-Talibin (2:79) dan Mughni Al-Muhtaj (1:314).
_______________________________________________

TAKBIR MURSAL

Takbir Mursal, yang juga dinamakan "Takbir Mutlak" iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu hal dan sesuatu masa yang tertentu, malah ia boleh dilakukan - malam dan siang - di rumah, di masjid dan di sepanjang jalan terutama semasa hendak pergi ke tempat sembahyang atau ke masjid untuk mengerjakan sembahyang hari raya - Aidilfitri dan Aidiladha. (1)

Masa melakukan "Takbir Mursal" ialah mulai dari malam hari raya Aidilfitri dan berakhir dengan masa bermulanya sembahyang hari raya pada hari esoknya. Bagi hari raya Aidiladha pula, masa melakukan "Takbir Mursal" itu ialah mulai dari malam hari raya (2) dan berakhir pada hari yang ketiga dari "Hari-hari Tasyriq" (13 Zulhijah).
_________________________________________________

(1) Menurut sebuah hadith (riwayat Nafi' dari Abdullah), bahawa Rasulullah s.a.w. biasanya keluar pada pagi kedua-dua hari raya bersama-sama sahabat-sahabat baginda sambil bertakbir beramal-ramal sepanjang perjalanan sehingga sampai ke tempat sembahyang.

Di antara sahabat-sahabat Baginda yang turut serta (pada hari itu) ialah Saiyidina Ali, Abdullah bin Abbas, Zaid bin Harithah dan kedua-dua cucu Baginda - Saiyidina Hasan dan Husain r.a. (Al-Majmu', 5:36).

(2) Kecuali orang yang sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah, maka ia tidak disunatkan bertakbir pada malam hari raya haji, malah ia sunat meneruskan "bertalbiyah" dengan menyebut: "لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ..".
__________________________

TAKBIR MUQAIYYAD

"Takbir muqaiyyad" ialah takbir yang terikat dengan sesuatu hal yang tertentu iaitu sembahyang. Sebab itu masa melakukannya ialah selepas mengerjakan sembahyang - sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, mulai selepas mengerjakan sembahyang Zuhur (10 Zulhijah) dan berakhir selepas mengerjakan sembahyang Asar pada hari yang ketiga dari "Hari-hari tasyriq" (13 Zulhijah).

Lain halnya orang-orang yang sedang mengerjakan haji dan sedang berhimpun di "Mina" maka mereka disunatkan bertakbir (dengan Takbir Muqaiyyad) mulai selepas mengerjakan sembahyang Zuhur pada hari raya Aidiladha dan berakhir selepas mengerjakan sembahyang Subuh pada hari yang ketiga dari "Hari-hari Tasyriq".

SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

Menurut huraian ulama' rahimahullah Taala, sembahyang hari raya yang mula-mula dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah: "Sembahyang hari raya Aidilfitri" pada tahun kedua hijriyah dan Baginda telah berkekalan mengerjakannya hingga akhir hayatnya.

Hukumnya: Sunat muakkad - atas tiap-tiap seorang Islam yang baligh berakal. Bilangan rakaatnya : Dua rakaat.

Rukun-rukun dan sunatnya serta syaratnya: Sama seperti yang ditentukan bagi sembahyang fardhu yang lima, kecuali perkara yang sunat, ada tambahan seperti yang akan diterangkan.

Waktunya: Mulai dan teibit matahari tetapi sunat dita'khirkan hingga matahari naik kira-kira segalah dan berkekalan waktunya hingga gelincir matahari.

Sembahyang hari raya Aidilfitri (dan juga sembahyang Aidiladha) disunatkan mengerjakannya dengan berjamaah, malah Rasulullah s.a.w. telah menggalakkan umat Islam - lelaki dan perempuan, tua muda (termasuk kanak-kanak) supaya keluar beramai-ramai mengerjakannya dengan berjamaah - sebagai menegakkan syiar Islam. (1)

Sebelum itu disunatkan mandi dan memakai pakaian yang elok - serta memakai bau-bauan yang semerbak harum(2), kecuali kaum perempuan.(3)

Disunatkan makan dahulu sebelum pergi mengerjakan sembahyang Aidilfitri. Sebaliknya pada hari raya Aidiladha, disunatkan melambatkan makan sehingga kembali mengerjakan sembahyang.(4)

Semasa pergi dan kembali dari mengerjakan sembahyang, disunatkan melalui jalan yang berlainan, yakni kalau masa pergi melalui sebatang jalan yang tertentu, maka semasa kembali sunat melalui jalan yang lain.(5)

Disunatkan juga melambatkan sedikit sembahyang hari raya Aidilfitri (supaya orang yang belum mengeluarkan zakat fitrah dapat mengeluarkannya sebelum sembahyang). Sebaliknya sunat menyegerakan sedikit sembahyang Aidiladha (untuk memberi masa yang luas kepada orang yang hendak menyembelih korban).(6)

Sidang jamaah disunatkan hadir lebih awal, kecuali Imam, maka ia disunatkan melambatkan kehadirannya, kerana sebaik-baik sahaja ia sampai maka sembahyang akan dimulakan dan ia terus menjadi imam (7) setelah bilal menyerukan: "الصَّلاَة جَامِعَة" Yang bermaksud: Marilah mengerjakan sembahyang dengan berjamaah.(8)
___________________________________________________

(1) Boleh juga dikerjakan seorang diri, malah boleh diqadha. Jika orang itu mengerjakannya sebelum gelincir matahari maka sembahyangnya itu dikira: tunai ( أَدَاءً ), Tetapi jika dikerjakan selepas itu maka ia dikira qadha.

(2) Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dari Al-Hasan bin Ali r.a., (Fiqh al-Sunnah, 1:317).

(3) Menurut huraian ulama rahimahullah, kaum perempuan digalakkan turut hadhir mengerjakan sembahyang hari raya di masjid dan tempat-tempat sembahyang dan mereka dikehendaki memakai pakaian yang sederhana dan jangan berhias apalagi memakai bau-bauan, itu pun terhad kepada golongan yang tua-tua yang tidak menarik perhatian kaum lelaki. Tentang golongan yang muda-muda yang cantik parasnya, maka kehadiran mereka adalah makruh.

Dalam ulasannya, Imam Nawawi rahimahullah berkata: Kalau ada orang berkata: Bukankah itu bertentangan dengan kandungan hadith sahih (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ummu `Athiyah r.a., yang menggalakkan kaum perempuan - tua muda - turut berjamaah)? Kami jawab: Menurut sebuah hadith, yang juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari `Aisyah (Ummul Mukminin) r.a. katanya: Kalaulah Rasulullah s.a.w. (masih ada dalam kalangan kami sekarang ini dan) menyaksikan apa yang telah dilakukan oleh kaum perempuan (sesudah Baginda wafat), tentulah Baginda akan melarang mereka (daripada turut berjamaah) .."
Tambahan pula, kata Imam Nawawi lagi, perkara-perkara buruk dan sebab-sebab yang menimbulkannya - amat banyak dalam zaman-zaman kita ini berbanding dengan zaman Nabi dahulu. (Al-Majmu', 5:13).

(4) Sebagaimana yang diterangkan dalam hadith sahih riwayat Bukhari, Tirmizi dan lain-lainnya. (Fiqh al-Sunnah, 1:317).

(5) Seperti yang diterangkan dalam hadith-hadith sahih Bukhari, Muslim dan lain-lainnya. (Kitab yang sama, 1:318).

(6) Ini berdasarkan sebuah Hadith Mursal (Al-Majmu', 5:7 dan Ihya' `Ulumuddin, 1:202).

(7) Kerana menurut beberapa buah hadith sahih, bahawa sebaik-baik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai, maka perkara yang pertama sekali dilakukan oleh Baginda ialah mengerjakan sembahyang hari raya - kemudian Baginda berkhutbah. (Al-Majmu', 5:15).

(8) Sembahyang hari raya Aidilfitri dan Aidiladha tidak disunatkan azan dan iqamat untuknya, tetapi memadai bilal menyerukan: الصَّلاَة جَامِعَة yang maksudnya: "Marilah mengerjakan sembahyang dengan berjamaah".

Ini berdasarkan sebuah "hadith dhaif mursal" yang diriwayatkan oleh Imam al-Syafi'i rahimahullah Taala. Alasan ini bertambah kuat lagi apabila diqiyaskan kepada sembahyang gerhana matahari yang juga menggunakan kalimah:
الصَّلاَة جَامِعَة berdasarkan hadith sahih - riwayat Bukhari dan Muslim, (Kitab yang sama, 5:19).
_____________________________________________________


MASALAH SEMBAHYANG RAYA DI PADANG

Masalah ini berpunca daripada beberapa buah hadith Rasulullah s.a.w., di antaranya hadith yang berikut:

72- عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلَاةُ ثُمَّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ وَالنَّاسُ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ فَيَعِظُهُمْ وَيُوصِيهِمْ وَيَأْمُرُهُمْ. (رواه البخاري)

72- Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a., katanya: "Biasanya Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke tanah lapang (1) pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh Baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya), kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa), serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah Taala dan meninggalkan segala larangan-Nya) .. (2)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
____________________________________________
(1) Tanah lapang atau padang tempat mengerjakan sembahyang hari raya di Madinah terkenal dengan nama "Musalla". Letaknya sejarak seribu hasta dari pintu Masjid Nabi s.a.w. (Fath al-Bari, 3:101).

(2) Kitab yang sama (3:101).
____________________________________________

Menurut huraian ulama' rahimahullah Taala: Sembahyang hari raya Aidilfitri (dan juga Aidiladha) boleh dikerjakan di tanah lapang dan boleh dikerjakan di masjid. Tetapi kalau di Mekah maka Masjid al-Haram lebih afdhal dengan tiada khilaf lagi.

Sebaliknya kalau di tempat lain, maka ada ulama' yang mengatakan lebih afdhal mengerjakannya di tanah lapang dan ada pula yang mengatakan lebih afdhal mengerjakannya di masjid.

Menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, sembahyang hari raya hendaklah dikerjakan di tanah lapang, kerana Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya telah berkekalan mengerjakannya di tanah lapang - kecuali sekali sahaja Baginda mengerjakannya di masjid disebabkan hujan.

Oleh itu makruh hukumnya jika mengerjakan sembahyang hari raya di masjid dengan ketiadaan uzur, kecuali Masjid al-Haram di Mekah, maka mengerjakannya di situ lebih afdhal.(1)

Menurut mazhab Syafi'i pula: Lebih afdhal mengerjakannya di masjid jika masjid sebuah kampung itu luas dan dapat menampung sidang jama'ahnya, kerana masjid ialah sebuah tempat yang mulia (sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Qur'an dan hadith).

Tentang amalan Rasulullah s.a.w. mengerjakan sembahyang hari raya di tanah lapang di sepanjang hayatnya (demikian juga yang telah dilakukan oleh Khulafa' al-Rasyidin - Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.) maka itu ada sebabnya dan sebabnya itu ialah masjid Nabi di Madinah tidak dapat menampung sidang jamaahnya yang terlalu ramai.

Hakikat ini makin bertambah jelas apabila diketahui bahawa penduduk Mekah semenjak zaman Nabi dan seterusnya tetap mengerjakan sembahyang hari raya di Masjid al-Haram, kerana masjid itu luas dan dapat menampung sidang jamaahnya, (dan penduduk bandar Mekah pula tidak seramai penduduk Madinah yang menjadi ibu Negara Islam).

Kesimpulan mazhab Syafi'i dalam masalah ini ialah:

Jika masjid sebuah kampung - luas, maka lebih afdhal mengerjakan sembahyang hari raya di situ. Sebaliknya kalau sempit maka makruh hukumnya, kerana dalam keadaan yang demikian, yang afdhal mengerjakannya ialah di tanah lapang - Jika tiada hujan atau halangan yang lain.

Demikian yang dapat difaham dari penjelasan Imam al-Syafi'i rahimahullah, dalam kitabnya: Al-Umm,(2) dan dari huraian lanjut Imam Nawawi, rahimahullah, dalam kitabnya: Al-Majmu'.(3)
_________________________________________________

(1) Al-Fiqh ala al-Mazahib al-A'rba`ah (1:351) dan Rahmat al-Ummah fi Ikhtilafal A`immah (63).

(2) Al-Umm (1:234).

(3). Al-Majmu' (5:8-9).
__________________________________________________

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG HARI RAYA DENGAN BERJAMAAH

Sungguhpun sembahyang hari raya Aidilfitri (dan juga Aidiladha) sunat hukumnya, tetapi segala rukun dan syarat serta sunat-sunatnya sama seperti sembahyang fardhu yang lima - kecuali perkara-perkara yang sunat maka ada tambahannya, iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat yang pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua(1), disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap dua takbir. (2)

Cara mengerjakan sembahyang hari raya Aidilfitri seperti berikut:

Sebaik-baik sahaja imam memulakan sembahyang dengan melafazkan Allahu Akbar (Takbiratul Ihram yang disertakan dengan niat) maka selepas itu makmum pula terlebih dahulu sunat melafazkan niat sembahyangnya:

أُصَلِّى سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالَى.

(Sahajaku sembahyang sunat hari raya Aidilfitri, dua rakaat, tunai, mengikut imam, kerana Allah Taala). (3)

Setelah itu baharu bertakbir dengan "Takbiratul Ihram" dengan menyebut: Allahu Akbar, disertakan dengan niat dalam hati.

Setelah itu sunat membaca: "Doa Iftitah".

Kemudian sunat bertakbir (Allahu Akbar) tujuh kali disertakan dengan mengangkat tangan ke paras telinga. Biarkan imam memulakan takbir yang pertama dahulu kemudian diikut oleh makmum.

Selepas takbir yang pertama - imam dan makmum sunat membaca tasbih dengan perlahan, dengan menyebut:

سُبْحَانَ اللهِ، وَالحَمْدُ ِللهِ، وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ.

Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.

Kemudian bertakbir lagi, takbir yang kedua yang diiringi dengan tasbih yang tersebut, dan demikianlah seterusnya hingga takbir yang keenam, semuanya diiringi dengan tasbih, kecuali takbir yang ke tujuh, kerana selepas itu imam akan membaca surah al-Fatihah dan makmum diwajibkan diam mendengar bacaan imamnya.(4)

Setelah imam membaca surah al-Fatihah maka ia akan diam sebentar untuk memberi peluang kepada makmum untuk membaca surah al-Fatihah, kemudian imam membaca surah al-Qur'an yang dipilihnya.(5)

Makmum pula setelah membaca Surah al-Fatihah, maka mereka diwajibkan diam mendengar bacaan imamnya yang sedang membaca surah al-Qur'an yang termaklum. Kemudian meneruskan sembahyang sehingga selesai rakaat yang pertama.

Dalam rakaat kedua, maka perkara yang pertama sekali dilakukan oleh imam dan makmum ialah bertakbir lima kali yang diselangi dengan tasbih seperti yang dilakukan dalam rakaat pertama. Kemudian meneruskan sembahyang sehingga selesai rakaat kedua.

Dengan ini sempurnalah sembahyang hari raya "Aidilfitri" yang akan diiringi dengan khutbah. (6)

_____________________________________________________________

(1) Ini berdasarkan sebuah hadith hasan - riwayat Tirmizi, bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan takbir yang tersebut.

Takbir itu pula selain daripada Takbiratul Ihram, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadith yang lain - riwayat Abu Daud. (Mughni al-Muhtaj 1:310).

(2) Demikian juga halnya sembahyang hari raya Aidiladha.

(3) Kalau sembahyang Aidiladha, maka lafaz niatnya seperti berikut:

أُصَلِّى سُنَّةَ عِيْدِ اْلأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالَى

(Sahajaku sembahyang Sunat hari raya Aidiladha, dua rakaat, tunai, mengikut imam, kerana Allah Taala).

(4) Dalam sembahyang hari raya Aidilfitri (dan juga Aidiladha), Imam sunat membaca dengan nyaring semasa membaca Surah al-Fatihah dan surah al-Qur'an yang lain.

(5) Imam sunat membaca Surah Qaf pada rakaat yang pertama dan Surah al-Qamar pada rakaat kedua.

Atau membaca surah al-A'la pada rakaat pertama dan Surah al-Ghasyiyah pada rakaat kedua, kerana surah-surah yang tersebut biasanya dibaca oleh Rasulullah s.a.w. dalam sembahyang hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, sebagaimana yang diterangkan dalam hadith-hadith Baginda. (Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi, 6:181 dan Al-Majmu' 5:23).

(6) Demikian juga caranya sembahyang hari raya Aidiladha.
____________________________________________________________________________

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI

73- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ شَهِدْتُ صَلَاةَ الْفِطْرِ مَعَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَكُلُّهُمْ يُصَلِّيهَا قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ يَخْطُبُ. (رواه مسلم)

73- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: "Saya telah turut hadir mengerjakan sembahyang hari raya Aidilfitri bersama-sama dengan Nabi Allah (Muhammad) s.a.w dan juga dengan (khalifah-khalifahnya) Abu Bakar, Umar dan Uthman (dalam zaman masing-masing), maka mereka semuanya mengerjakan sembahyang hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah .. (1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Hadith ini menjadi dalil bahawa khutbah hari raya Aidilfitri hendaklah dilakukan sesudah mengerjakan sembahyang.(2)
Menurut huraian ulama' rahimahullah, khutbah hari raya Aidilfitri (dan juga khutbah Aidiladha) sama keadaannya dengan khutbah Jumaat tentang rukun-rukun dan sunatnya.

Dalam pada itu, khutbah hari raya Aidilfitri (dan juga khutbah Aidiladha) sunat dimulakan oleh khatib dengan sembilan takbir (berturut-turut) pada khutbah yang pertama dan tujuh takbir (berturut-turut) pada khutbah kedua.

Khatib juga dikehendaki menerangkan "hukum zakat fitrah" dalam khutbah hari raya Aidilfitri dan menerangkan "hukum korban binatang sembelihan" dalam kbutbah Aidiladha.(3)
______________________________

(1) Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi (6:171).

(2) Demikian juga halnya khutbah hari raya Aidiladha.

(3) Al-Majmu' (5:27).
0 ulasan

Siapakah orang yang sibuk?

Siapakah orang yang sibuk?
send these 5 names to 11 muslims, believe me your biggest problem will be solved InsyaALLAH.

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB

Don't delete it. Try it even if u don't believe it.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
0 ulasan

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RAHSIA MEMOTONG KUKU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
0 ulasan

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasibbaik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...
0 ulasan

Jangan sebar keaiban orang

Jangan sebar keaiban orang
Mengaibkan iaitu menceritakan keburukan seseorang samada betul atau tidak adalah berdosa . Dalam Islam, tidak boleh menyebarkan keaiban orang lain walaupun mahkamah telah membuat keputusan sesuatu kes. Haram menceritakan dan menyiarkannya di dalam surat khabar, walaupun disisi undang-undang dunia dibolehkan , Islam tetap mengharamkan penyebaran aib orang lain .
Seseorang yang menulis tentang aib orang lain juga akan disoal dan penulisannya akan didatangkan kembali di hari kiamat. Oleh itu sebagai pemberita Islam, berhati-hatilah dan elakkan dari menulis tentang keaiban orang lain. Hasil dari jualan berita yang mendedahkan keaiban itu juga boleh menjadi haram .
Di Padang Mahsyar nanti Allah akan mengaibkan orang yang mengaibkan orang lain sehingga mereka malu dan sanggup terjun ke dalam api neraka .
Dalam satu hadis, ada disebut lebih kurang begini “ kalau orang mengaibkan kamu dengan sesuatu yang tidak berasas, Allah akan mengaibkannya di Padang Mahsyar, janganlah kamu mengaibkan walaupun ianya berasas ”.
0 ulasan

Jangan terlalu susah hati

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)
 
;