Rabu, 30 Julai 2014

Harta dua orang anak yatim

"Dan di bawahnya ada harta simpanan bagi mereka berdua''
Iaitu kisah dua orang anak yatim yang harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulisan daripada emas yang tertulis lapan baris ayat yang bererti:
1. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih ketawa.
2. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui
bahawa satu hari dunia ini akan binasa tetapi die masih terpesona kepada dunia.
3. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui
bahawa segala-galanya berlaku mengikut ketentuan Allah tetapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan dihisab di akhirat nanti tetapi dia masih mengumpul harta kekayaan.
5. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui
bahawa adanya api neraka tetapi die masih melakukan maksiat.
6. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengenali Allah tetapi dia masih mengingati selainNya.
7. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui
adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dan kemewahan dunia.
8. Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
;