Jumaat, 28 Mei 2010 0 ulasan

Pengakuan Bekas Paderi

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan
mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak
saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor
Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,
makan dan minum
dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang
paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.
Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina
khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu
tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan,
belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong
Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh
Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia
,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama
1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah
Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah
bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong
Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah
bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama
2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram
dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya
terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk
Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak
mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju
putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya
dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan
disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang
dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,
tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah
Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja
RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,
Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di
Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji
Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah
yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya
untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar
RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta
kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana
tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,
accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau
sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga
matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri
Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah
penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke
Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan
bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat
3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah
masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah
dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka
perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,
Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas
padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi
padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang
menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat
dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah
Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah
dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,
sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah
hu Akbar'......maha suci Allah.
Ahad, 23 Mei 2010 0 ulasan

GARAM & LAUT

Ahad, 9 Mei 2010 0 ulasan

DOA RINGKAS SELEPAS SEMBAHYANG

0 ulasan

Perjalanan Manusia

0 ulasan

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong
karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.
0 ulasan

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.
0 ulasan

Romantiknya Rasulullah

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum
puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu
juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan
segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
.......................
Wallahualam
0 ulasan

Ohhh MUHAMMAD

GOLDZHIHER, seorang orientalis terkenal menyatakan: "Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru. Kemudian setelah 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.

Setiap bangsa pasti memiliki tokoh dipuji dan menjadi inspirasi bagi generasi selepasnya. Kesan peninggalan mereka menjadi sumbangan yang amat bererti untuk kemajuan bangsa dan negara.

Kisah hidup mereka dibukukan, idea dijadikan panduan dan kekentalan semangat mereka menjadi obor optimisme yang sentiasa membakar jiwa generasi baru. Umat Islam di seluruh dunia yang lahir daripada pelbagai etnik budaya dan bangsa sepakat untuk mempunyai seorang yang teragung untuk diikuti. Beliau adalah rasul yang amat dicintai, Muhammad SAW.

Tidak ada seorang manusia pun di bumi ini apabila kita menyebut namanya, mampu melonjakkan revolusi kemanusiaan. Kita berubah menjadi manusia yang bersemangat maju untuk mentadbir alam ini dengan jawatan sebagai Khalifatullah fil Ard. Inilah cetusan himbauan seorang politikus paling ulung, pentadbir negara dan pemimpin seluruh umat di dunia, Muhammad SAW.

Begitulah rahsianya mengapa kita disuruh untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Selawat umpama suntikan yang mengandungi kekuatan cinta dan rindu yang mengusik jiwa. Ia mencerahkan wajah, mengukuhkan hentakan kaki dan tangan. ia juga menajamkan akal fikiran dan merubah hidup anda menjadi tertumpu pada perjuangan. Untuk umat, bangsa dan negara!

Selawat adalah bisikan kasih yang mengikrarkan janji manis untuk menjadi setia, reda dan taat. Bukan sekadar hiasan pada bibir, pemanis mulut dan menunjuk riak pada sesama hamba.

Untuk apa selawat jika kenangan kita pada Rasulullah SAW hanya sekadar mengharap pahala yang sepuluh! Sedangkan pada masa sama kita melupakan cita-cita Baginda. Kita meninggalkan perjuangan sunnahnya, membiarkan umat ini mati jiwa dan minda. Sibuk memecah belah perpaduan, suka menyalahkan golongan lain dan hanya memuji golongannya sendiri.

Natijahnya, hilanglah kekuatan umat yang selama ini disatukan oleh rasul-Nya SAW. Jika Baginda masih hidup, pasti berasa amat sedih melihat keadaan seperti ini. Untuk apa selawat itu, padahal di hati rasul-Nya dilanda kesedihan.

Pujilah Rasulullah SAW dengan berselawat kepadanya. Tetapi, berselawatlah dengan nurani yang suci, pemikiran dan idea yang berisi inspirasi. Gerakan yang terfokus pada amal yang soleh dan perjuangan membangunkan umat. Panduan kita adalah sabda Baginda yang maksudnya: "Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku dia bukan termasuk golonganku." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setiap Muslim yang berazam ingin meneruskan perjuangan Nabi SAW kadang-kadang berasa patah semangat dengan ujian yang menjadi rintangannya. Ada juga yang api semangatnya terlalu berkobar-kobar hingga membakar diri sendiri. Sebahagian yang lain mencuba untuk melakukannya secara berkumpulan. Akhirnya, pengorbanan mereka menjadi agenda terselubung untuk kepentingan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Gerakan dakwah yang dilakukan terpesong menjadi usaha untuk mencari nama, mengejar populariti dan memperbanyak pengikut yang mahu dicucuk hidungnya sesuka hati. Begitu juga ia digunakan untuk menebarkan fanatisme golongan tertentu, yang akhirnya bersikap menyalahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan dalam tubuh umat. Itu semua adalah fenomena biasa dilihat dalam kehidupan pejuang dakwah.

Jika kita bersikap terbuka dengan pendapat orang lain dan melapangkan hati untuk memikirkan apakah kesilapannya, mungkin idea yang lebih jitu dan perancangan yang lebih teliti dapat dilakukan

Perjuangan Rasulullah SAW bermula dari dalam rumah Baginda. Isteri yang dikasihi adalah objek dakwah pertama, kemudian anak-anak dan ahli keluarga terdekat. Bagaimana dengan isteri dan anak kita? Sudahkah mereka mendirikan solat, berakhlak mulia dan taat setia kepada Allah dan rasul-Nya?

Kemudian Rasulullah SAW mengumpulkan kekuatan yang berada pada diri sahabatnya. Pada diri Abu Bakar kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan kekuatan harta. Kekayaan pada tangan seorang yang beriman menjadi faktor penolong untuk agama Allah.

Untuk itu umat Islam mesti keluar daripada paras kemiskinan supaya tidak terbelenggu dengan kezaliman penjajah. Ekonomi kita boleh dijajah, anak bangsa diperbodoh, hasil bumi dan kekayaan negara menjadi rebutan musuh-musuhnya. Relakah kita mengalami kejadian yang sama seperti saudara kita yang dijajah? Oleh itu, berjuanglah seperti apa yang diperjuangankan oleh Abu Bakar al-Siddiq.

Dalam peribadi Umar al-Khattab kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan ketokohan dan populariti yang karismatik supaya Islam dihormati kerana potensi unggul yang ada pada diri umatnya.

Jadilah orang yang bertanggungjawab di rumah, pejabat, jalan raya, pasar, sekolah, ladang dan kilang. Juga di mana saja kita berada, menyumbanglah untuk Islam, bangsa dan negara.

Sudahkah bangsa kita maju dengan potensi ilmu dan teknologi yang mampu menggerunkan bangsa lain? Sesungguhnya dalam diri Umar, murid dan pengikut setia Rasulullah SAW ada kekuatan yang cukup menggerunkan lawannya. Bagaimana dengan kita?

Begitu agungnya perjuangan yang dibentangkan Rasulullah SAW di hadapan sahabatnya. Inilah jalanku, sesiapa yang mengikuti sunnah perjuanganku akan bersamaku di syurga.

Mereka saling bersaing untuk memberi sumbangan kepada Allah dan rasul-Nya. Dengan harta, ilmu, kekuatan fizikal, bahkan menyerahkan jiwa pun mereka sanggup melakukannya demi cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Begitulah kekuatan selawat yang melahirkan gerakan untuk mengikuti perjuangan Nabi SAW.




Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktuuntuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yangmenggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuathidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilaikeberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menujusyurga
0 ulasan

Mimpi Seorang Gadis

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang
kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA...........SEBARKANLAH.
......
WASSALAM!!!.........
0 ulasan

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.
0 ulasan

Biodata Rasulullah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ' ah
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas
0 ulasan

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Wallahualam..
 
;